Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Penutup Kembara Bijak Wang 2020 (KBW)

Majlis Penutup Kembara Bijak Wang 2020 (KBW)

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menghadiri majlis penutup Kembara Bijak Wang 2020 (KBW) di ibu pejabat Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK).⠀⠀

 

 

KBW adalah pertandingan anjuran AKPK, dengan kerjasama HSBC Bank dan USM, yang mengumpulkan pelajar-pelajar universiti tempatan untuk bertanding di dalam aktiviti-aktiviti berunsurkan pengurusan kewangan. KBW tahun ini mencatatkan penyertaan 5,634 pelajar dari 20 institusi pengajian tinggi dan 22 UiTM seluruh negara.

 

 

Pendidikan pengurusan kewangan adalah amat penting dan harus dimulakan di bangku sekolah lagi. Ini kerana, menurut kajian, 47% dari golongan belia mempunyai hutang kad kredit yang tinggi dan 40% percaya bahawa mereka berbelanja lebih dari yang mereka mampu. Program seperti KBW dapat mendidik golongan belia untuk mengekalkan tabiat pengurusan kewangan yang baik.⠀⠀

Arkib Foto

Logo Accessibility