Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Penutupan Kempen Cashless Boleh 4.0 & Peluncuran Kempen Cashless Boleh 5.0

Majlis Penutupan Kempen Cashless Boleh 4.0 & Peluncuran Kempen Cashless Boleh 5.0

Sekitar Majlis Penutupan Kempen Cashless Boleh 4.0 dan Peluncuran Kempen Cashless Boleh 5.0 yang berlangsung di Dewan Auditorium, Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan. Turut hadir adalah YBrs. Tuan Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan), YBhg. Dato' Mohd Izzaddin Idris, Pengerusi Payments Network Malaysia Sdn. Bhd., YBrs. Puan Nor Azizati Hamzah, Setiausaha Bahagian Kawalan Kewangan Strategik dan Korporat, YBrs. Dr. Norhana Endut, Penolong Gabenor, Bank Negara Malaysia dan YBrs. Tuan Farhan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Payments Network Malaysia Sdn. Bhd.

Kempen Pembayaran Tanpa Tunai Peringkat Kebangsaan ini merupakan kesinambungan bagi program kerjasama antara MOF dan syarikat Payment Networks Sdn. Bhd. (Paynet) yang telah diadakan sejak tahun 2019.

Kempen ini dilaksanakan untuk mempercepatkan penerimaan pembayaran digital dalam sektor awam Malaysia dengan menggalakkan rakyat menggunakan kaedah pembayaran elektronik seperti MyDebit, FPX, JomPAY, DirectDebit dan DuitNow QR apabila berurusan dengan agensi kerajaan.

Melangkah ke Cashless Boleh 5.0, lebih 80 agensi persekutuan yang akan terlibat dalam kempen ini. Ia merupakan satu langkah penting bagi memperkukuhkan ekosistem pembayaran tanpa tunai negara.

Arkib Foto

Logo Accessibility