YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan menyampaikan ucapan penutup bagi majlis penyampaian hadiah Kembara Bijak Wang 2021 anjuran Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) dengan kerjasama HSBC Bank dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di mana telah mengumpulkan pelajar-pelajar universiti tempatan untuk bertanding dalam aktiviti-aktiviti berunsurkan pengurusan kewangan.
Ilmu pengurusan kewangan adalah sangat penting kerana ia dapat membantu dalam membuat perancangan kewangan, terutamanya ketika berhadapan dengan situasi mencabar dan keadaan yang tidak dapat dijangka. Lebih-lebih lagi bagi golongan belia. Bagi beliau, ilmu sebegini hendaklah dipupuk sejak muda.
Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada pihak AKPK, HSBC dan UMT kerana telah berjaya menganjurkan pertandingan sebegini sekaligus dapat memupuk minat anak muda terhadap pengurusan kewangan. Beliau juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada para pemenang.