YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah menghadiri Majlis Penyerahan Simbolik Surat Anugerah bagi Pembinaan Shell Malaysia Upstream Headquarters di Marina Parkcity Miri Sarawak.
Beliau juga berkesempatan untuk berjumpa dengan Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak dan turut mendengar beberapa perancangan Kerajaan Negeri Sarawak berkenaan industri minyak dan gas.
Beliau percaya dengan kepimpinan negeri yang stabil dan berpandangan jauh seperti ini akan membawa Sarawak ke satu tahap yang lebih membanggakan pada masa hadapan.
Syabas dan tahniah beliau ucapkan kepada Tuan Ivan Tan, Pengerusi Shell Malaysia dan Datuk Seri Yaw Chee Siew, Pengerusi Eksekutif Kumpulan ParkCity di atas kelancaran program.