YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah menyaksikan 8 pengurus dana modal teroka (VC) menerima surat penganugerahan untuk melabur, dengan sokongan dana padanan dari Kerajaan, sehingga RM1.57 bilion menerusi program Dana Penjana Nasional, iaitu sebuah inisiatif di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk memberikan sokongan pembiayaan kepada syarikat permulaan (start-up) di Malaysia dan Asia.⠀⠀ ⠀⠀
Dana Penjana Nasional merupakan program Fund-of Funds yang telah dilancarkan pada Jun 2020, bagi memastikan pertumbuhan industri start-up terutama di sektor bernilai ganda tinggi seperti agritech, fintech, edutech, mobiliti, dan AI.⠀⠀⠀⠀
Nilai pelaburan oleh pengurusan dana VC domestik dan antarabangsa termasuk dari Amerika Syarikat, Korea Selatan, China, Indonesia & Singapura di bawah program ini melangkau unjuran asal RM1.2 bilion, dengan komitmen tambahan sebanyak RM370 juta oleh VC tersebut. Ini menunjukkan keyakinan di dalam potensi ekonomi Malaysia, dan industri modal teroka nya dalam memupuk pembangunan jangka masa sederhana dan panjang.



