Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Kepada Kontraktor Kecil Bumiputera di Ipoh

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima Kepada Kontraktor Kecil Bumiputera di Ipoh

“Kerajaan MADANI menyusun semula keutamaan perbelanjaan untuk pendidikan supaya manfaat pembangunan dapat disalurkan secara lebih terus, bersasar dan memberi impak kepada rakyat,” kata YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ketika menyampaikan ucapan semasa Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima kepada kontraktor kecil Bumiputera di Ipoh. Turut hadir pada program ini YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

Tambahan peruntukan daripada RM2.4 bilion kepada RM4 bilion membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkasa kontraktor kecil Bumiputera G1 hingga G4 serta merancakkan ekonomi setempat melalui projek berimpak tinggi.

Pembinaan 6,000 bilik darjah tambahan bukan sahaja membantu menangani isu kapasiti sekolah, malah membuka peluang pekerjaan, menggerakkan perniagaan tempatan dan menjadi sumber rezeki kepada ribuan kontraktor kecil Bumiputera di seluruh negara.

Dalam keadaan ekonomi global yang mencabar, Kerajaan MADANI memilih pendekatan pembangunan yang lebih inklusif bagi memastikan manfaat projek kerajaan turut dinikmati syarikat kecil dan komuniti setempat, bukan hanya pemain industri besar.

Tambahan RM500 juta menjadikan keseluruhan RM900 juta diperuntukkan bagi pembinaan bilik darjah tambahan termasuk naik taraf bilik guru dan kuarters guru membuktikan pendidikan kekal menjadi keutamaan negara.

Setiap bilik darjah yang dibina hari ini bukan sekadar ruang pendidikan untuk anak-anak, tetapi juga ruang peluang dan rezeki buat rakyat.

Arkib Foto

Logo Accessibility