Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perasmian Bangunan Baharu Pra PPKI di Pulau Pinang

Majlis Perasmian Bangunan Baharu Pra PPKI di Pulau Pinang

Pembinaan dua bilik darjah tambahan dan sebuah bilik serbaguna Pra PPKI di Sekolah Kebangsaan Tan Sri Awang Had Salleh, Balik Pulau, Pulau Pinang dalam tempoh hanya empat bulan menerusi pelaksanaan program Sekolah Angkat MADANI membuktikan komitmen kerajaan demi memberikan yang terbaik kepada sektor pendidikan.

Lebih membanggakan, projek ini menggunakan teknologi Industrialized Building System (IBS) modular hibrid buatan Malaysia yang membolehkan pembinaan dilaksanakan dengan lebih pantas, cekap dan berkualiti. Kemudahan yang disediakan turut merangkumi mini dewan makan, ruang persediaan, stor, tandas mesra OKU, taman permainan dalaman serta laluan mesra OKU bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kondusif dan inklusif untuk murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II berkata, Program Sekolah Angkat MADANI bukan sekadar projek naik taraf sekolah, malah merupakan pendekatan baharu Kerajaan MADANI yang lebih moden, cepat dan berimpak tinggi kepada rakyat. Menurut beliau, penggunaan teknologi IBS membantu mempercepat pembinaan, mengurangkan kos, pembaziran dan kelewatan projek sekali gus memastikan wang rakyat dimanfaatkan secara lebih cekap dan berkesan.
Inisiatif ini sekali lagi membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh akses pendidikan berkualiti serta menyediakan persekitaran pembelajaran yang selesa, selamat dan inklusif untuk semua murid, khususnya murid berkeperluan khas.

Turut hadir YBhg. Dato’ Sri Ab Rahim Ab Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).

Arkib Foto

Logo Accessibility