YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri acara peluncuran Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baharu dan juga majlis rumah terbuka Aidilfitri KWSP di Kwasa Damansara, Sungai Buloh.
Beliau turut menyentuh mengenai rekod cemerlang KWSP sebagai badan berkanun yang bertanggungjawab menyelia dan mengurus dana simpanan hari tua kaum pekerja.
Beliau turut bangkitkan usaha serta tumpuan Kerajaan Perpaduan saat ini terutamanya dalam membasmi dan menoktahkan kemiskinan yang semestinya memerlukan dukungan dari badan tersebut.
Kerajaan mengambil keputusan yang tidak popular saat ini yakni dengan memilih untuk melindungi janji, ikrar serta akad matlamat penubuhan KWSP iaitu menjadi tiang yang menopang kehidupan golongan pekerja di usia persaraan.
Kerajaan sedang berusaha yang terbaik menekuni permasalahan gaji yang tidak meningkat bersekali dengan tahap produktiviti dan ia pastinya akan disusuli dengan tindakan dan kebijakan yang tuntas.