YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan hadir sempena Bursa Marketplace Fair di Persada Johor Bahru.

Kerajaan komited untuk melaksanakan inisiatif pengurangan saiz lot dagangan di Bursa Malaysia sebelum hujung tahun ini.

Beliau berkata inisiatif itu bakal menjadikan kebolehcapaian atau akses yang lebih mudah kepada saham mewah dan berupaya kepada pelabur runcit di negara ini sekali gus meningkatkan prospek pasaran pada masa depan.

Bursa Marketplace Fair tersebut menawarkan pelbagai pendedahan dan pengetahuan berkenaan celik kewangan dan pelaburan dengan pelbagai aktiviti diadakan termasuk program Bursa Beginnings untuk kanak-kanak seawal usia lapan tahun selain terdapat kira-kira 20 reruai pameran terdiri daripada rakan kongsi broker.
Turut hadir, Tan Sri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Bursa Malaysia Bhd.