Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perasmian MAHA 2022

Majlis Perasmian MAHA 2022

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA 2022) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri.

Tahniah beliau ucapkan kepada Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) di atas penganjuran pameran terbesar dan berprestij pada kali ini dengan bertemakan Sekuriti Makanan Untuk Masa Depan.

Kerajaan akan memberi tumpuan yang berterusan kepada pemodenan sektor agromakanan bagi meningkatkan produktiviti dan menjamin sekuriti makanan negara di samping memacu pertumbuhan ekonomi demi menjamin kesejahteraan rakyat.

Pameran yang diadakan ini dapat mempromosikan sektor agromakanan dan industri makanan dengan mengetengahkan kepelbagaian produk, kejayaan perusahaan serta pelbagai inisiatif yang diambil oleh agensi Kerajaan dan swasta.

Semoga penganjuran kali ini dapat melonjakkan lagi ekonomi dan pertumbuhan industri agromakanan setelah negara terkesan dengan wabak pandemik COVID-19 yang lalu.


Arkib Foto

Logo Accessibility