Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perasmian Menara HASiL Pulau Pinang

Majlis Perasmian Menara HASiL Pulau Pinang

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah merasmikan Menara HASiL Pulau Pinang dalam lawatan sehari ke Pulau Mutiara.

Cawangan HASiL atau HASiL Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1949 dan antara pejabat kerajaan terawal dibuka di negara ini.

YAB Dato’ Seri Anwar ketika menyampaikan ucapan perasmian berkata, pencapaian kutipan cukai negeri itu yang melepasi sasaran Kementerian Kewangan perlu dijadikan panduan HASiL di negeri lain.

Setakat 31 Mei 2024, HASiL Pulau Pinang berjaya mengutip hasil sebanyak RM3.54 bilion atau 101.8 peratus, melepasi sasaran tahunan bagi negeri tersebut oleh Kementerian Kewangan.

Menyentuh mengenai kutipan hasil, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menggesa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan HASiL untuk memainkan peranan lebih tegas, serta tidak gentar untuk menjalankan amanah dan tanggungjawab kerana Kerajaan ini akan sentiasa mempertahankan mereka.

Beliau turut mengulangi pentingnya tatakelola kerana apabila ia tidak dipatuhi, akan berlaku banyak ketirisan, justeru kutipan perlu cekap di mana syarikat yang meraih keuntungan berbilion perlu membayar cukai, manakala golongan yang tidak wajar bayar cukai, tidak dipaksa.

Turut hadir di majlis perasmian ini, YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang; YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan; YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan; YBhg. Dato' Haji Rosli Isa, Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia.

Arkib Foto

Logo Accessibility