YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan merasmikan Muzakarah Penasihat Syariah Kewangan Islam KLIFF kali ke-15, acara berprestij dan penting dalam kalendar persidangan kewangan Islam di Malaysia dan global sejak 15 tahun yang lalu.
Di Malaysia, perbankan dan kewangan Islam telah berkembang dengan stabil selama lebih 4 dekad di landasan yang betul untuk mencapai sasaran bank pusat sebanyak 40 peratus pada tahun 2020 sebagaimana yang telah disasarkan sebelum ini dalam Pelan Tindakan Sektor Kewangan 2011-2020. Yang mana kita berjaya menghampiri sasaran tersebut di awal Januari 2022 dengan mencapai angka 37.5 peratus daripada jumlah pembiayaan sebanyak 29 peratus pada 2010.
Beliau berharap muzakarah sebegini akan menjadi medan untuk mengetengahkan cendekiawan Syariah yang kerap mengembangkan idea-idea inovatif dan pandangan Syariah yang praktikal lagi berkesan untuk perkembangan industri kewangan Islam di Malaysia.