YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan berada di Sungai Lembing, Pahang sempena majlis perasmian penggunaan mesin ATM.

Beliau amat berbesar hati kerana akhirnya buat pertama kali dalam masa bertahun-tahun, penantian penduduk Sungai Lembing berakhir apabila mesin ATM dapat digunakan secara rasminya.

Jika sebelum ini penduduk di Kawasan Sungai Lembing termasuklah di Pekan Sungai Lembing, Kampung Melayu, Kampung Seberang, Kampung Jelihang, Kolong Pahat dan lain-lain perlu mengambil perjalanan jauh kira-kira 50 kilometer untuk ke Kuantan atau ke Taman Impian bagi tujan mengeluarkan duit atau menunaikan bantuan Kerajaan di mesin ATM.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) serta semua pihak yang turut bekerjasama untuk menyediakan kemudahan mesin ATM untuk penduduk di Sungai Lembing.

Beliau juga amat berterima kasih buat Balai Polis Sungai Lembing yang telah menyediakan tempat untuk pembinaan ATM tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih buat YB Dato’ Haji Md Sohaimi selaku ADUN Sungai Lembing, YH Dato’ Umor Arbain, Naib Ketua UMNO Bahagian Paya Besar dan YH Dato’ Safariah Awang Ngah, Ketua Wanita UMNO Paya Besar yang turut hadir dalam majlis tersebut.

