Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perasmian Penutup Kampung Angkat MADANI Mukim Hulu Besut, Besut, Terengganu

Majlis Perasmian Penutup Kampung Angkat MADANI Mukim Hulu Besut, Besut, Terengganu

Majlis Perasmian Penutup Kampung Angkat MADANI Mukim Hulu Besut, Besut, Terengganu telah berlangsung dengan penuh meriah di Kampung Batu 13.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) Kementerian Kewangan.

Dalam ucapannya, beliau berkata “Melalui Program Kampung Angkat ini, Kerajaan sedikit sebanyak telah berjaya mengenal pasti kaedah terbaik dalam menyelesaikan masalah yang boleh dijadikan penanda aras untuk jentera Kerajaan bergerak lebih efisien dan berkesan dalam memastikan rakyat mendapat manfaat.”

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada seluruh Jabatan dan Agensi serta warga Besut yang terlibat dalam memastikan kelancaran Program Kampung Angkat ini sepanjang pelaksanaannya.

Pada majlis ini juga, bangunan Pusat Penempatan Kekal Kampung Batu 13, iaitu penempatan kekal bagi mangsa-mangsa banjir di sekitar Kampung Batu 13, Hulu Besut turut dirasmikan.

Selain itu, majlis juga diserikan dengan persembahan dikir barat dan cabutan bertuah serta sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan futsal dan petanque yang telah diadakan sempena majlis penutupan ini.

Turut hadir YBhg. Dato' Haji Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak, Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, YM Raja Muhammad Azhan Shah Raja Muhammad, Setiausaha Bahagian Dasar Saraan dan Pengurusan, Kementerian Kewangan dan YBrs. Encik Hama Hakim Wahyudi Awang, Ketua Penolong Pegawai Daerah serta Ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Semoga semangat MADANI terus menyuburkan kerjasama antara Kerajaan dan rakyat demi kesejahteraan bersama.

Arkib Foto

Logo Accessibility