Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perasmian Permulaan Pengorekan Terowong ECRL

Majlis Perasmian Permulaan Pengorekan Terowong ECRL

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Permulaan Pengorekan Terowong ECRL oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri di tapak pembinaan terowong berkembar Genting.

Projek ECRL ini akan melibatkan lebih tenaga kerja tempatan dan mewujudkan pekerjaan kepada masyarakat di daerah Bentong serta di sepanjang jajaran ECRL. Sememangnya, inilah objektif utama pembinaan ECRL iaitu memberi manfaat kepada masyarakat sekitarnya, merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat dan membuka peluang-peluang pekerjaan selain membina kesalinghubungan pengangkutan efisen yang memberi keuntungan kepada negara.

Jajaran ECRL dari Kota Bahru, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak (ITT Gombak), Selangor ini dijangka akan mula beroperasi pada awal tahun 2027.

Turut hadir bersama ialah YAB Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Pengangkutan, YBhg. Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara merangkap Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn Bhd, YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I dan TYT Ouyang Yujing, Duta Besar Republik Rakyat China ke Malaysia.


Arkib Foto

Logo Accessibility