YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan turun padang untuk merasmikan persidangan yang dianjurkan oleh The Association of Development Finance Institutions Malaysia (ADFIM) sempena Hari Wanita Antarabangsa 2022.

Tema ADFIM Women’s Day Summit 2022 adalah “Gender Equality Today for a Sustainable Tomorrow”.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada ADFIM kerana berjaya menganjurkan program sebegini bagi menyokong dasar Kerajaan dengan membina kerjasama yang lebih erat dan kukuh di antara organisasi masyarakat sivil, kumpulan advokasi dan ahli akademik.

Beliau amat berbesar hati kerana berkesempatan merasmikan persidangan tersebut di mana merupakan salah satu cara untuk terus meraikan dan mengiktiraf sumbangan wanita dalam membentuk negara ke arah pembangunan yang mampan.
