Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perasmian Persidangan Percukaian 2023

Majlis Perasmian Persidangan Percukaian 2023

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di perasmian Persidangan Percukaian 2023 dan beliau singgung tentang kepentingan hasil cukai dalam penstrukturan semula ekonomi kita dan pengagihan kepada lapisan masyarakat yang perlu bantuan.

Namun, beliau bertegas, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dan ahli-ahli percukaian perlu telus dan adil apabila mengutip cukai daripada rakyat dan komuniti perniagaan. Hanya cukai apa yang patut, dan jangan bebankan rakyat.

Walaupun negara perlu meningkatkan kutipan cukai, beliau berharap HASiL akan menyahut cabaran peredaran zaman dan tekonologi, seperti teori ‘creative destruction’ Joseph Schumpeter, di mana produktiviti dan pembangunan akan meningkat apabila teknologi dan cara-cara yang lapuk diganti dengan inovasi baru. Dalam erti kata lain, HASiL perlu menjadi lebih inovatif untuk merombak semula sistem percukaian supaya menjadi lebih efisien dan berkesan di zaman sekarang.

Beliau turut menekankan agar semua dapat memperbaiki tata kelola dan menerap sikap amanah dalam pengurusan wang. Tidak ada guna jika hasil cukai kita meningkat sebanyak mana pun, tetapi masih ada berbilion ringgit wang rakyat disedut lesap oleh pihak tidak bertanggungjawab. Negara akan kekal kucar-kacir dan rakyat tidak akan terbela jikalau integriti institusi-institusi masih rapuh.

Ekonomi MADANI yang telah beliau luncurkan adalah perancangan Kerajaan Perpaduan untuk menstruktur semula ekonomi ke aras Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia dan meningkatkan kualiti hidup seluruh rakyat Malaysia.

Nilai-nilai murni seperti adil, saksama, amanah, dan bertanggungjawab inilah yang akan merealisasikan kerangka Ekonomi MADANI.

Kerajaan boleh menetapkan objektif-objektif ekonomi yang meninggi langit, namun mereka tidak akan tercapai jika semua rakyat Malaysia tidak berganding bahu dan mengamal sifat-sifat terpuji.

Kita pernah menjadi juara Asia satu ketika dahulu, namun kerakusan dan ketirisan sesetengah pihak yang menyalah-gunakan kuasa mereka untuk mengayakan diri sendiri dan kroni telah membuat Malaysia menjadi mundur dan hilang arah kompas moralnya.

Oleh itu, marilah kita semua rakyat menggembleng tenaga untuk memperbaiki struktur ekonomi negara tercinta agar ia menjadi sebuah tempat yang lebih baik untuk kita dan anak-anak kita.

Arkib Foto

Logo Accessibility