Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perasmian Program Jualan Agro Rahmah

Majlis Perasmian Program Jualan Agro Rahmah

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berkesempatan merasmikan Program Jualan Agro Rahmah di Bazar Ramadan Presint 3, Putrajaya.

Jualan Agro Rahmah ini merupakan salah satu usaha jangka pendek kerajaan dalam membantu meringankan ekonomi rakyat.

Selain itu, program Jualan Rahmah ini turut mempamerkan sinergi keseluruhan kerajaan yang begitu baik antara agensi-agensi yang terlibat. Ia bagi memastikan harga yang ditawarkan berada pada tahap terendah dan berpatutan.

Projek rintis di Putrajaya ini akan diperluaskan sebagai projek rintis di setiap negeri yang pelaksanaannya akan diperhalusi oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan serta agensi yang terlibat.

Syabas beliau ucapkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Kementerian Ekonomi, FAMA, Lembaga Pertubuhan Peladang, LKIM, PPJ, MPC, PACU dan para pemain industri agro-makanan yang terlibat dalam usaha murni ini.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility