Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat – Zon Timur

Majlis Perasmian Program MADANI Rakyat – Zon Timur

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah merasmikan Program MADANI Rakyat – Zon Timur bertempat di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang.

Beliau memberi penekanan tentang keperluan kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengelakkan sebarang kelewatan dalam urusan kelulusan projek bagi meneruskan pembangunan di semua kawasan.

Dalam majlis sama, beliau turut menyampaikan Sumbangan Sejahtera Komuniti MADANI (Sejati MADANI) kepada persatuan penduduk yang terpilih serta melawat pelbagai reruai kementerian dan agensi kerajaan di tapak program.

Turut hadir, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta YBrs. Tuan Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan).

Arkib Foto

Logo Accessibility