YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah hadir dan meluangkan masa bersama para penduduk Kampung Meligan dalam Majlis Perasmian Program Mobile Community Service (MCS) Daerah Sipitang 2022.
MCS kali ini adalah merupakan siri ke-10 dengan penyertaan agensi yang sangat menggalakkan dan paling ramai di mana sebanyak 101 penglibatan agensi secara keseluruhan.
Beliau faham walaupun dalam keadaan pandemik telah menyukarkan pergerakan, tetapi demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, beliau dan pasukan ingin membawa perkhidmatan Kerajaan untuk lebih dekat ke hati rakyat walaupun jarak yang sukar untuk mengakses.
Beliau mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur yang berjaya melaksanakan program dan merakamkan ucapan terima kasih kepada kepimpinan para penduduk kampung yang turut bekerjasama untuk bersama-sama menjayakan program tersebut.
Semoga semua pihak yang terlibat dapat mendengar luahan hati para penduduk agar rakyat tidak tercicir untuk menikmati inisiatif-inisiatif Kerajaan terutamanya mereka di kawasan pedalaman.
Beliau berharap para penduduk di sekitarnya dapat memanfaatkan program sebegini yang merentasi semua kementerian serta badan bukan Kerajaan.