Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perasmian Program Treasure Hunt Merdeka@MOF 2022

Majlis Perasmian Program Treasure Hunt Merdeka@MOF 2022

YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) telah merasmikan Program Treasure Hunt Merdeka@MOF 2022 bersempena dengan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan yang ke-65 Tahun 2022.

Program Treasure Hunt telah dibuka kepada semua warga Perbendaharaan kecuali Perbendaharaan Malaysia Sabah dan Perbendaharaan Malaysia Sarawak dan hanya terhad kepada 20 pasukan sahaja.

Program seumpama ini diharap dapat memupuk semangat kerjasama berpasukan, semangat setia kawan, melatih minda dan kecergasan diri serta mengeratkan hubungan dalam suasana muhibah dalam kalangan pegawai dan kakitangan Perbendaharaan. Ini selaras dengan tema sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 tahun ini iaitu “Keluarga Malaysia Teguh Bersama.


Arkib Foto

Logo Accessibility