YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan ll telah merasmikan sambutan ulang tahun ke-35 Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) di Sekolah Antarabangsa Labuan.
Sesi ini telah dihadiri oleh pemain industri IBFC Labuan, Agensi Kerajaan di Labuan, NGO dan Dewan Perniagaan di Labuan. Turut hadir YBhg. Datuk Dr. Shahrazat Haji Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan.
Sebelum majlis berakhir, beliau turut menerima kad laporan IBFC sebagai simbolik daripada YBrs. Encik Affendi Rashdi, Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan.
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah ketika ditemu bual juga berkata bahawa operasi perniagaan syarikat asing dan Malaysia di Labuan IBFC merangsang aktiviti ekonomi, pelaburan dan hasil yang memberi manfaat kepada pendapatan negara.
Menurut beliau, pertambahan berterusan syarikat yang beroperasi di Labuan IBFC telah menjana kesan limpahan ekonomi melalui perbelanjaan tempatan dan penciptaan peluang pekerjaan kepada penduduk Labuan, Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia.
Beliau juga berkesempatan mengadakan walkabout sekitar sekolah dan merasmikan penanaman pokok.