Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perasmian Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

Majlis Perasmian Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu

YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan bersama-sama YAB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri di Majlis Perasmian Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu.

Simposium tersebut berhasrat untuk mengangkat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Asean dan Antarabangsa.


YAB Perdana Menteri turut menekankan agar kesinambungan kegemilangan Bahasa Melayu perlu diteruskan dan diperkasakan oleh kita sendiri rakyat Malaysia.


Bahasa Melayu mempunyai keunggulan tersendiri. Pindaan kepada akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959 sudah tiba masanya untuk dilakukan segera.


Banyak negara yang berstatus maju mendaulatkan bahasa mereka sendiri. Bahasa Melayu juga perlu dijadikan alat perpaduan di negara Malaysia. Tiada cacatnya rundingan jika kita gunakan bahasa kita sendiri.
Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada YAB Perdana Menteri kerana terus kekal menampakkan usaha yang tinggi dan berterusan dalam memastikan bahasa jiwa bangsa terus dijulang.

Semoga simposium tersebut akan menjadi pentas untuk berbincang, bertukar pandangan serta mencari kaedah yang lebih baik agar sebuah resolusi dapat dibentuk sebagai input kepada Kerajaan.

Arkib Foto

Logo Accessibility