YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Majlis Perhimpunan dan Amanat Tahun Baharu 2023 bersama warga Kementerian Kewangan. Turut hadir kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan iaitu YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong serta Pengurusan Tertinggi.

Anjakan yang mahu kita pasakkan saat ini memerlukan keterlibatan dan komitmen semua terutamanya Kementerian Kewangan.

Kekangan saat ini dari segi kelembaban ekonomi tidak harus mengesankan rencana kita dalam mengangkat islah untuk rakyat.

Beliau turut menegaskan kecurangan di masa lalu itu berlaku kerana terdapat kelemahan di peringkat sistem yang terlalu sistemik dan tidak didepani dengan baik.
Di bawah kemudi beliau, budaya dan etika baharu pemerintahan sedang digerakkan kerana kita mahu tatanan ini menjadi teladan yang terbaik dan dalam masa yang sama memberi pembelaan yang sewajarnya kepada rakyat terbanyak.