Select your language
YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama warga Kementerian Kewangan (MoF) telah menghadiri Perjumpaan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bersama warga kementerian sempena Perhimpunan Bulanan yang dihoskan oleh Kementerian Perpaduan Negara bagi Februari 2026 yang berlangsung secara hibrid di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan.
Turut hadir YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan serta YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Sebelum sesi bersama YAB Perdana Menteri, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah menzahirkan penghargaan atas dedikasi warga MoF sepanjang tahun 2025 serta menyeru agar seluruh warga terus berganding bahu memperkukuh tatakelola dan integriti dalam melaksanakan dasar Kerajaan secara lebih berkesan. Beliau turut mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina dan Selamat Berpuasa kepada warga yang menyambutnya.
Seterusnya, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim semasa menyampaikan amanat, beliau menegaskan komitmen Kerajaan MADANI untuk terus memperkukuh perpaduan, memperkasa tadbir urus berintegriti serta menyemai semangat kebersamaan dalam kalangan penjawat awam demi kesejahteraan rakyat.
Beliau turut mengumumkan peluasan kategori barangan di bawah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Semua yang kini merangkumi makanan sejuk beku. Penyaluran SARA untuk Semua telah bermula dan sah digunakan sehingga 31 Disember 2026.