Accessibility Tools
Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi September 2026

Majlis Perhimpunan Bulanan Bagi September 2026

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, telah hadir menyampaikan amanat kepada warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).

Dalam amanat tersebut, beliau menegaskan bahawa penjawat awam perlu terus mempertingkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan serta memastikan pelaksanaannya dilaksanakan dengan berkesan dan pantas demi kesejahteraan rakyat.

Beliau turut menekankan komitmen Kerajaan MADANI dalam usaha membasmi kemiskinan, di samping memastikan golongan peniaga kecil dan pekebun kecil terus diberikan perhatian serta sokongan.

Terdahulu, dalam amanat kepada warga Kementerian Kewangan (MoF), YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, menekankan kepentingan tatakelola yang kukuh, kompetensi yang sentiasa dipertingkatkan serta keberanian untuk bertanya, menilai risiko dan membuat keputusan yang tepat demi mempertahankan kepentingan Kerajaan dan rakyat.

Budaya pembelajaran berterusan juga perlu menjadi sebahagian daripada DNA MoF agar keupayaan pegawai sentiasa bergerak seiring dengan perubahan ekonomi, teknologi, kecerdasan buatan, keselamatan siber dan geopolitik.

Semangat Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati pula mengingatkan bahawa kemajuan negara perlu diterjemahkan kepada manfaat yang benar-benar dirasai rakyat dan melalui peluang yang lebih baik, bantuan yang sampai kepada mereka yang memerlukan, perkhidmatan Kerajaan yang cekap serta pembangunan yang inklusif.

Perjumpaan YAB Dato’ Seri Anwar bersama warga KPK di Dewan Serbaguna KPK, Putrajaya turut disertai oleh warga MoF secara dalam talian. Turut hadir YB Liew Chin Tong, Timbalan Menteri Kewangan, barisan pengurusan tertinggi MoF serta wakil jabatan dan agensi di bawah MoF.

Arkib Foto