YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah menyampaikan amanat beliau sempena Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan.
Turut hadir ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Turut hadir ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Dalam amanat tersebut, YAB Dato’ Seri Anwar menekankan bahawa Kepengerusian ASEAN merupakan peluang penting untuk meniup semangat kebersamaan dalam membina kemakmuran serantau.
Beliau turut memuji kejayaan penganjuran Mesyuarat ASEAN 2025 (Trek Kewangan) minggu lalu, yang telah dimanfaatkan untuk memperkukuh ekonomi dalaman serta memacu perdagangan intra-ASEAN.
Antara agenda utama yang dibincangkan termasuk usaha meningkatkan akses kepada pembiayaan infrastruktur berskala besar serta menyokong pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
YAB Dato’ Seri Anwar turut memaklumkan bahawa para Menteri Kewangan dan Gabenor ASEAN telah bersetuju untuk memperkukuh integrasi kewangan serta mempererat kerjasama dalam bidang cukai dan kastam — demi memudahcara perdagangan dan pelancongan rentas sempadan.