Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perhimpunan Bulanan MOF Bil.9/2024

Majlis Perhimpunan Bulanan MOF Bil.9/2024

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan (MOF). Turut hadir YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah MOF.

Antara amanat beliau adalah penekanan kepada kepentingan Kerajaan untuk meningkatkan tatakelola penjawat awam dalam agenda keseluruhan penstrukturan semula ekonomi negara. Tatakelola yang lebih baik ini bukan sahaja untuk menoktahkan ketirisan, bahkan merangkumi memudah cara perniagaan serta mengurangkan kerenah birokrasi yang menambah kos dan masa.

Sebagai kesinambungan kepada agenda reformasi menyeluruh negara, Kerajaan akan menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan. Matlamat jawatankuasa ini adalah untuk mencari ruang yang dapat mengurangkan pertindihan fungsi dan seterusnya menjana penjimatan dana negara.

Beliau juga mengumumkan bahawa Kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan RM10 juta yang akan disalurkan langsung kepada pemain-pemain serta jurulatih Pasukan Harimau Malaya. Syarikat-syarikat korporat juga akan menggembleng dana tambahan sebanyak RM5 juta. Beliau akan meminta Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh untuk menyelaraskan penyaluran peruntukan ini.

Beliau berharap dana ini akan dapat menambah baik kebajikan pemain-pemain Harimau Malaya serta menjulang prestasi pasukan bola sepak kita di arena antarabangsa.

Arkib Foto

Logo Accessibility