Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perhimpunan Bulanan Warga MOF

Majlis Perhimpunan Bulanan Warga MOF

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah meluangkan masa bersama warga Kementerian Kewangan (MOF) sempena Perhimpunan Bulanan di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Dalam majlis tersebut, beliau menyatakan rasa syukur kerana Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 (Belanjawan 2024) telah diluluskan di peringkat dasar dalam Dewan Rakyat pada 2 November lalu. Beliau turut merakamkan ucapan penghargaan buat warga MOF atas segala usaha dan komitmen yang telah diberikan.

Selain itu, beliau juga menyentuh tentang kepentingan meningkatkan pelaksanaan pekerjaan diuruskan dengan baik dan tangkas demi kesejahteraan rakyat.

Isu konflik Palestin-Israel yang disentuh beliau menyeru agar kita lebih terbuka minda dan tidak bertelagah sesama sendiri dalam mengekspresikan sokongan. Hormati pendirian orang lain dan berdiplomasi dalam mengekalkan pendirian agar kita terus dihormati.

Turut hadir, YB Datuk Seri Ahmad Maslan dan YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan-timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta barisan Pengurusan Tertinggi MOF.

Arkib Foto

Logo Accessibility