Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perhimpunan Bulanan Warga MOF Bil.1/2024

Majlis Perhimpunan Bulanan Warga MOF Bil.1/2024

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah bersama-sama warga Kementerian Kewangan (MOF) sempena Perhimpunan Bulanan di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Dalam majlis tersebut, beliau turut berkesempatan menyatakan penghargaan buat kedua-dua bekas Timbalan Menteri Kewangan atas kerjasama dan komitmen yang dicurahkan sepanjang berada di MOF.

Melangkah ke tahun 2024, beliau menyeru Syarikat-syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat-syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) supaya menggembleng tenaga serta dana untuk menjayakan pembangunan negara sambil meningkatkan kebajikan kepada rakyat.

Beliau berujar GLIC dan GLC tidak boleh lagi hanya menumpukan kepada keuntungan semata-mata. Selain memacu pertumbuhan ekonomi dengan menerajui pelaburan langsung domestik (DDI), beliau juga mengingatkan GLIC dan GLC untuk meningkatkan tanggungjawab korporat demi kesejahteraan sosioekonomi rakyat.

Turut hadir, YB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta barisan Pengurusan Tertinggi MOF.

Arkib Foto

Logo Accessibility