Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perhimpunan Bulanan Warga MOF Bil.2/2024

Majlis Perhimpunan Bulanan Warga MOF Bil.2/2024

Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan Bersama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berlangsung di Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan.

Dalam majlis tersebut, beliau menekankan pembaharuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan MADANI adalah untuk mengurangkan ketirisan dan menambah baik tadbir urus yang membolehkan Kerajaan menambah baik bantuan kepada rakyat seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Bantuan Awal Persekolahan (BAP), Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan Bantuan Pesawah.

Beliau juga mengingatkan kepada penjawat awam agar terus berkhidmat dengan penuh setia dan bertanggungjawab demi menyampaikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Turut hadir, YB Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta barisan Pengurusan Tertinggi MOF.

Arkib Foto

Logo Accessibility