Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perhimpunan Bulanan Warga MOF Bil.7/2025

Majlis Perhimpunan Bulanan Warga MOF Bil.7/2025

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan (MOF). Turut hadir adalah YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah MOF.

Dalam ucapan YAB Dato’ Seri Anwar, beliau menekankan Kerajaan MADANI terus komited membantu rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, sambil melaksanakan reformasi fiskal secara beransur.

Penghargaan untuk Rakyat yang diumumkan lahir daripada keikhlasan Kerajaan MADANI untuk meringankan beban rakyat di seluruh negara, tidak kira daripada kalangan B40 mahupun M40. Malah, ikhtiar untuk menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter serta mengekalkan kadar tol di 10 lebuhraya lebih tertumpu kepada kelompok M40.

Beliau turut menegaskan kepentingan kerjasama strategik antara agensi kerajaan, agensi swasta dan sektor korporat agar lebih banyak reformasi sosioekonomi dapat digerakkan — sekali gus memberi lebih kekuatan kepada Kerajaan untuk meningkatkan maslahat rakyat.

Arkib Foto

Logo Accessibility