Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perhimpunan Bulanan Warga MOF Bil.8/2025

Majlis Perhimpunan Bulanan Warga MOF Bil.8/2025

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan (MOF).

Dalam ucapannya, YAB Dato’ Seri Anwar menegaskan bahawa Kerajaan MADANI menyalurkan bantuan secara adil demi mengangkat martabat rakyat miskin dan rentan tanpa mengira bangsa.

Beliau juga menekankan bahawa Kerajaan komited dalam menangani jurang sosioekonomi berdasarkan prinsip keadilan dan rahmah demi Malaysia yang lebih inklusif.

Menurut beliau, data menunjukkan bantuan tunai kepada masyarakat India meningkat 68% dalam tempoh tiga tahun — daripada RM578 juta (2022) kepada RM972 juta menerusi Sumbangan Tunai Rahmah. Sementara itu, usahawan Cina menerima hampir RM14 bilion jaminan di bawah Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP).

Beliau turut menjelaskan bahawa dasar seperti PuTERA35 diperkenalkan bagi memperkasa ekonomi masyarakat Melayu dan Bumiputera secara bersasar.
Majlis perhimpunan pada hari ini turut dihadiri oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan dan YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan seramai 778 orang warga MOF termasuk jabatan dan agensi.

Arkib Foto

Logo Accessibility