Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perhimpunan Bulanan Warga MOF Bulan Jun 2025

Majlis Perhimpunan Bulanan Warga MOF Bulan Jun 2025

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Kewangan (MOF). Turut hadir YB Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah MOF.

Dalam ucapannya, beliau berkata bahawa ikhtiar perubahan menyeluruh ekonomi tidak akan menjejaskan rakyat terbanyak.

Ramai tidak sedar bahawa penyasaran subsidi diesel telah pun dilaksanakan. Kos sara hidup kekal stabil, walaupun kebanyakan negara sedang bergelut dengan inflasi mendadak.

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) merupakan langkah berhemat bagi Kerajaan MADANI untuk meningkatkan hasil negara tanpa membebankan rakyat dengan cukai yang meluas.

Hakikatnya, pembaharuan menyeluruh dalam ekonomi dan pengurusan fiskal negara telah pun mula membuahkan hasil, malah diiktiraf badan-badan antarabangsa. Malaysia kini berada di kedudukan ke-23 dunia dalam World Competitiveness Ranking tahun 2025 — melonjak 11 anak tangga ketimbang tangga ke-34 tahun lalu.

Pengembangan ekonomi yang memesat sejak tahun 2024 turut mengekalkan momentumnya pada Suku Pertama tahun ini, iaitu sebanyak 4.4%. Kadar pengangguran juga telah menurun kepada 3% pada April 2025, ketimbang 3.9% dua tahun lalu. Ini mencerminkan aktiviti ekonomi negara yang kian rancak dan mula melimpahkan rezeki kepada rakyat jelata.

Arkib Foto

Logo Accessibility