YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Majlis Perhimpunan Kementerian Kewangan (MOF) di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Beliau mengarahkan semua kementerian dan jabatan mempersiapkan infrastruktur dan kemahiran sumber manusia untuk menerima pelaburan asing.

Beliau turut menekankan supaya semua pihak bekerjasama dalam menjalankan tugas dan mencapai kesepakatan agar dapat mempermudahkan dan melicinkan proses serta meyakinkan pelabur dan kemudian mendapat manfaat.

Turut hadir adalah YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I, YB Tuan Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Kewangan II, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato' Anis Rizana Mohd Zainudin, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), YBhg. Dato' Zamzuri Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) dan YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) serta wakil-wakil jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan.