Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan

Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah menyampaikan amanat beliau pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan (MOF).

Beliau menggariskan pertumbuhan ekonomi Malaysia, seperti dizahirkan semasa Bacaan Kedua Rang Undang-undang Perbekalan 2025 (Belanjawan 2025), telah meningkat dengan penuh keyakinan.

Dalam pada itu, YAB Dato’ Seri Anwar menasihati warga MOF dan rakyat Malaysia supaya menerapkan nilai-nilai murni serta akhlak yang tinggi dalam setiap urusan harian. Sifat kasih sayang serta hormat menghormati sesama makhluk dan ikhlas melakukan semua kerja yang diamanahkan perlulah sentiasa disemai yang mendorong kita untuk kepada budaya ‘striving for excellence’.

Dengan Kepengerusian ASEAN 2025 yang bakal tiba, YAB Dato’ Seri Anwar berkata Malaysia perlu menunjukkan keterampilan baik dan keupayaan untuk menjadi contoh baik di antara negara tetangga.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan serta Ketua-ketua Jabatan dan Agensi di bawah MOF.

Arkib Foto

Logo Accessibility