YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berkesempatan berada dalam Majlis Perhimpunan Kementerian Kewangan (MOF) di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF), Putrajaya.
Turut hadir adalah YB Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Datin Rashidah Mohd Sies, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) serta wakil-wakil jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kewangan.
Beliau juga menyatakan bahawa beliau inginkan Kementerian Kewangan diangkat martabat dan digeruni kerana prinsip.
Beliau berharap agar Kementerian Kewangan akan menjadi kementerian yang gagah dari aspek tatakelola, kementerian yang hebat di rantau serta warganya yang penuh kesungguhan dalam menjalankan tugas dan komitmen.