YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah berkesempatan hadir ke Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan (MOF) di Kompleks MOF, Putrajaya.

Dalam majlis tersebut, beliau menekankan peri penting mengangkat prinsip ketelusan dalam menjalankan amanah bagi mengelak penyelewengan terutamanya di peringkat Kementerian.

Selain itu, kecekapan dalam menyalurkan peruntukan supaya projek-projek yang perlukan perhatian segera seperti sekolah-sekolah daif mahupun hospital yang perlu diperbaiki, dapat berjalan dalam masa terdekat.
![]() |
![]() |
Beliau percaya warga MOF akan sentiasa mendukung amanah dengan baik dengan matlamat menjelmakan budaya madani.
