Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Perjumpaan bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Terengganu

Majlis Perjumpaan bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Terengganu

YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Majlis Perjumpaan Bersama Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan Negeri Terengganu di Dewan Senat, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Beliau mengingatkan semua pegawai kanan dan ketua jabatan kerajaan Persekutuan bahawa beliau adalah Perdana Menteri untuk semua negeri, dan layanan kepada setiap negeri adalah setara dan saksama. Beliau turut akan bertemu Kerajaan Negeri Terengganu setelah suhu politik itu dileraikan.

Selain itu, beliau turut menyeru penjawat awam agar dimaknai prinsip ‘democratic accountability’ dalam mendirikan kebijakan yang baik untuk rakyat. Kita sebagai pembuat dan pelaksana dasar tidak harus bersikap ‘complacent’ dan mesti buat sedaya upaya untuk memungkinkan perubahan.

Sebagai contoh, projek tebatan banjir adalah hal mendesak dan ia akan diluluskan tanpa tender bagi memudah dan menyegerakan projek tersebut kerana ia melibatkan keselamatan dan kepentingan rakyat.

 

Arkib Foto

Logo Accessibility