YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah menyempurnakan Majlis Perjumpaan Bersama Warga Kementerian Kewangan dan Agensi. Turut hadir ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II; YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan; dan YBrs. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan.
Dalam ucapannya, YAB Dato' Seri Anwar menekankan kepentingan integriti, disiplin dan budaya kerja berprestasi tinggi dalam setiap lapisan perkhidmatan awam. Beliau turut mengumumkan perluasan inisiatif Kampung Angkat MADANI, dengan sasaran melebihi 200 kampung bagi tahun 2025, melibatkan semua Ketua Setiausaha dan Ketua Pengarah agensi kerajaan.
Selain itu, program Sekolah Angkat MADANI akan diperkenalkan, dengan sasaran awal sekurang-kurangnya 500 sekolah. Inisiatif ini akan melibatkan kerjasama erat antara sektor kerajaan dan swasta, termasuk syarikat GLC, bagi memperkukuh pembangunan komuniti dan pendidikan negara.