YB Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan I telah merasmikan Majlis Persaraan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Para pesara daripada pelbagai skim perkhidmatan dan gred yang bersara di JANM telah diraikan dalam majlis tersebut.

Majlis turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Yacob Mustafa, Akauntan Negara Malaysia serta lebih 600 orang jemputan meliputi Ketua-ketua Akauntan, Bendahari Negeri, Pengarah Bahagian, Pengarah Negeri dan Cawangan di seluruh Malaysia.

