YB Senator Tengku Dato' Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan bersama YAB Perdana Menteri telah hadir ke Majlis Persetujuan Penyelesaian Komersial Minyak & Gas di Sarawak antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Kerajaan percaya bahawa perjanjian yang ditandatangani ini akan membuka lembaran baharu dalam usaha merancakkan lagi pembangunan industri minyak dan gas di Sarawak.
Turut hadir ke majlis tersebut YAB Datuk Patinggi Dr Abang Hj Abdul Rahman Zohari, Ketua Menteri Sarawak, YB Datuk Amar Hj Awang Tengah, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Menteri Kanan Kerja Raya YB Dato Sri Fadillah Yusof, Pengerusi PETRONAS Tan Sri Ahmad Nizam Salleh, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PETRONAS Tengku Muhammad Taufik, serta wakil-wakil Kerajaan Persekutuan dan Negeri.



