Majlis Pra Pelancaran 'Keluarga Malaysia'

Majlis Pra Pelancaran 'Keluarga Malaysia'

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan menghadiri Majlis Pra Pelancaran 'Keluarga Malaysia' oleh YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. Seperti yang telah diucapkan oleh YAB Perdana Menteri, tema dan konsep #KeluargaMalaysia membawa tiga ciri utama iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

Bagi beliau, tema #KeluargaMalaysia ini bukan sekadar slogan tetapi sebuah tema yang akan menguatkan lagi keharmonian negara yang wujud sejak dahulu lagi. Amalan hidup saling bermuafakat dan tidak berpecah belah yang kita amalkan sejak dahulu lagi sebagai #KeluargaMalaysia umpama peribahasa ‘serumpun bak serai, sesusun bak sirih'.

Dengan kerjasama penuh daripada #KeluargaMalaysia, peperangan menentang pandemik COVID-19 akan berakhir dengan kemenangan.