Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Sambutan Berkenaan Pemerkasaan Aspirasi Kepelbagaian, Kesaksamaan & Keterangkuman

Majlis Sambutan Berkenaan Pemerkasaan Aspirasi Kepelbagaian, Kesaksamaan & Keterangkuman

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama Kelab 30% Malaysia untuk majlis sambutan berkenaan pemerkasaan aspirasi kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman - A Celebration of Elevated D.E.I. (Diversity, Equity & Inclusion) Ambitions.

Kelab 30% adalah kempen untuk meningkatkan penyertaan wanita sehingga 30% di dalam lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi syarikat-syarikat.

Beliau juga berkesempatan berkongsi bahawa peratusan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO/MD) wanita di Malaysia telah meningkat kepada 38% pada tahun 2021. Ini merupakan peratusan tertinggi wanita memegang CEO/MD pernah direkodkan di Malaysia. Malaysia juga mempunyai peratusan tertinggi Pengarah Kewangan Syarikat (CFO) wanita di kalangan negara Asia iaitu 34.9%, lebih daripada dua kali ganda purata global.

Beliau juga berbesar hati untuk berkongsi bahawa Malaysia mempunyai antara peratusan tertinggi ahli lembaga wanita di Asia pada 28.2%, berdasarkan data terkini bagi 100 PLC teratas.

#TeamMOF telah melancarkan program 'Gender Responsive-Budgeting-In-Practice' (GRBiP), dengan kerjasama Engender Consultancy and Women’s Aid Organisation (WAO). Usaha sebegini sudah tentu akan memberi lebih banyak peluang kepada kaum wanita di dalam pelbagai bidang.

Kerajaan juga telah melancarkan beberapa inisiatif untuk menggalakkan pemerkasaan wanita termasuk inisiatif melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita untuk semua syarikat tersenarai awam dan sekurang-kurangnya 30% pengarah wanita dalam Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Arkib Foto

Logo Accessibility