YB Tuan Yamani Hafez Musa, Timbalan Menteri Kewangan II telah berkesempatan mengiringi YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan yang mewakili YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri untuk merasmikan Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-26.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sempena sambutan Hari HASiL Ke-26. Keluarga HASiL telah menyumbang jumlah kutipan kepada lebih RM140 bilion bagi tahun 2021 yang telah meningkat sebanyak 17 peratus berbanding tahun 2020.

Selain daripada mengadaptasi kepada keperluan pendigitalan, HASiL telah memastikan agihan bantuan Kerajaan seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Prihatin Nasional (BPN), Geran Khas Prihatin (GKP) dan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi meringankan beban rakyat ketika pandemik COVID-19.

Untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan pengumpulan hasil negara, Kerajaan berhasrat melaksanakan Tax Identification Number (TIN) dan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) khususnya bagi peniaga-peniaga di Malaysia. Dengan itu, pada tahun 2023, semua peniaga yang ingin mendapatkan projek dengan Kerajaan dikehendaki mempunyai Sijil Pematuhan Cukai sebagai salah satu syarat utama.

Beliau juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua penerima Anugerah “Pembayar Cukai Terbaik” dan “Most Outstanding Hasilian” pada tahun 2021.
