Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Sambutan Hari HASiL Ke-29

Majlis Sambutan Hari HASiL Ke-29

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari HASiL Ke-29.

Turut hadir ialah YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II; YB Puan Lim Hui Ying, Timbalan Menteri Kewangan; YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Pengerusi Lembaga HASiL; serta YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL.

Dalam ucapannya, YAB Dato’ Seri Anwar mengucapkan penghargaan kepada Warga HASiL atas komitmen mereka dalam menjalankan tugas dengan integriti dan adil. Hasilnya, kutipan cukai langsung meningkat kepada RM184.805 bilion pada 2024, iaitu RM1.465 bilion lebih tinggi berbanding 2023.

Untuk meningkatkan kecekapan dan ketelusan sistem percukaian, YAB Dato’ Seri Anwar mengumumkan pelancaran Sistem MyInvois e-POS, platform POS digital percuma bagi pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan bawah RM250,000.

Selain itu, HASiL kini menggunakan MyDigital ID sebagai pilihan Single Sign On (SSO) untuk MyTax sejak 1 Januari 2025 dan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) mulai 1 Mac 2025. Ini selaras dengan usaha Kerajaan menjadikan MyDigital ID sebagai identiti tunggal rakyat dalam mengakses sistem kerajaan.

Arkib Foto

Logo Accessibility