YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan bersama-sama YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, Perdana Menteri serta Timbalan-Timbalan Menteri Kewangan di Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-40 di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebagai salah satu tunjang dalam meningkatkan pendapatan negara menerusi pungutan cukai, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) juga secara langsung bertindak sebagai frontliners keselamatan negara. Untuk tahun ini sahaja JKDM telah berjaya mematahkan beberapa aktiviti penyeludupan dadah bagi memastikan #KeluargaMalaysia selamat daripada musuh nombor satu negara.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua anggota JKDM atas segala usaha dan titik peluh.

Memandang ke hadapan, beliau berharap agar anggota JKDM terus menjalankan tugas dengan telus dan penuh integriti. Beliau pasti JKDM akan terus berusaha keras bagi memastikan kutipan hasil tahun lepas RM42.5 bilion dapat diatasi dalam memastikan pemulihan ekonomi negara bergerak lebih lancar dan seterusnya menjamin kesejahteraan #KeluargaMalaysia.

![]() |
![]() |