YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah menyempurnakan Majlis Sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-42.
Berbekalkan kudrat dan sifat integriti yang tinggi, JKDM telah berjaya menjangkaui sasaran kutipan hasil bagi tahun 2023 sebanyak RM55.1 bilion, melepasi sasaran RM53.5 bilion, dengan lebihan sebanyak RM1.6 bilion. JKDM juga telah berjaya membanteras penyeludupan dadah dengan beberapa operasi besar-besaran baru-baru ini.
Bersandarkan tatakelola yang baik dan keikhlasan dalam melakukan tugas serta kerjasama bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain, JKDM mampu untuk membanteras lebih banyak kegiatan seludup yang selama ini telah merugikan negara berbilion-bilion ringgit setiap tahun.
Sebagai penghargaan kepada penat lelah dan menjaga kebajikan Warga JKDM, Kerajaan akan menaikkan peruntukan penyediaan penyelenggaraan kuarters Kastam kepada RM50 juta pada tahun ini berbanding peruntukan asal sebanyak RM20 juta. Di samping itu, Kerajaan juga akan menyalurkan bayaran bantuan khas kepada Warga JKDM yang lebih baik daripada tahun lalu.