Soalan Lazim

Hubungi Kami

Aduan dan Maklum Balas

Peta Laman

Foto

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65

YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan telah berkesempatan berada di Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 di Dataran Merdeka.

Beliau teruja melihat ribuan #KeluargaMalaysia hadir dari awal pagi bagi meraikan wira-wirawati negara yang gigih mempertahankan kemerdekaan, kemakmuran dan kedaulatan negara yang kita nikmati.

Ramai juga para pengunjung yang bergaya dengan pakaian bertemakan Hari Kebangsaan untuk menzahirkan semangat patriotisme.

Kelihatan senyuman sentiasa terpamer di bibir semua pengunjung dan kegembiraan mereka dalam menyaksikan perbarisan dan persembahan yang disajikan.

Semangat patriotisme ini bukan sahaja dizahirkan di medan perbarisan tetapi pada semua aspek kehidupan demi kesejahteraan #KeluargaMalaysia.


Arkib Foto

Logo Accessibility