YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I telah berkesempatan turun padang ke Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Sambutan secara rasmi bermula dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan menaiki kereta kuda diraja.
Beliau turut difahamkan bahawa orang ramai mula hadir ke Dataran Merdeka seawal pukul 4:00 pagi.
Semangat cintakan tanah air perlu disemai dan dibaja semua lapisan masyarakat agar kesinambungan keamanan dan kemakmuran negara dirasai oleh anak cucu kita pada masa akan datang. Pelbagai rintangan yang terpaksa kita lalui untuk mencapai kemerdekaan dan mempertahankannya demi sebuah negara yang kita cintai ini.